Thursday, July 29, 2010

ENTRI KELIMA-BELAS



ENTRI KEEMPAT-BELAS




➝ Baju kebaya adalah salah satu kegemaran di antara Melayu kostum tradisional khususnya selama tahun 1960-an.

➝ Baju kebaya biasanya dibuat sesuai dengan ukuran pemakai. Seseorang dengan tubuh kurus berpadanan memakai baju kebaya untuk pertemuan umum.


➝ Baju kebaya dipakai dengan kain songket atau batik.


➝ Baju Kebaya hanya mempunyai satu warna dan tidak mempunyai banyak dekorasi.

ENTRI KETIGA-BELAS




➝ Baju Kurung adalah pakaian tradisional bagi wanita Melayu manakala bagi lelaki ialah Baju Melayu. Berbagai fesyen kurung seperti kurung moden, kurung pahang, kurung kedah, kebarung dan selainya.

Sunday, July 25, 2010

ENTRI KEDUA-BELAS


➝ Sepasang Baju Kurung Perempuan dan Lelaki.

ENTRI KESEBELAS


➝ Baju Kebaya

ENTRI KESEPULUH

                                                                                    SIEW MAI


➝ 30-32 keping kulit wantan (bulat)

➝ 2 tangkai daun bawang

➝ 1 biji cili merah



Bahan Lauk

➝ 250g isi ayam kisar

➝ 4 keping cendawan kering, direndam lembut

➝ 125g rebung segar

➝ 6 biji sengkuang Cina

➝ ½ biji lobak merah



Bahan Perisa

➝ 1 biji telur, dipukul

➝ ½ camt minyak bijan

➝ 1½ camb tepung jagung

➝ 1 camt sos plam

➝ Garam, gula, serbuk lada sulah secukupnya



Cara Membuatnya

1. Hiris halus cendawan, rebung, timun dan lobak merah.

2. Satukan bahan perisa (kecuali telur) dalam mangkuk besar.

3. Gaul bahan cincang dengan bahan perisa.

4. Masukkan sedikit demi sedikit telur hingga sebati.

5. Sudukan lauk ke tengah kulit wantan. Basahkan sekeliling kulit wantan.

6. Tangkupkan seperti bentuk cawan. Tekan supaya lauk mampat.

7. Atur atas loyang berlengser minyak.

8. Kukus dengan api sederhana selama 8-10 minit.

9. Hias dengan daun bawang dan cili merah.

ENTRI KESEMBILAN

                                                     
                                                KUIH LAPIS   


 Bahan-bahan

➝ 1/2 cawan tepung gandum

➝ 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)

➝ 1 st garam

➝ 2 paket santan serbuk

➝ 1 st minyak masak

➝ 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.

➝ 4 cawan air

Cara-cara
 
1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend sehingga semua bahan bersatu & tidak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
 
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air dan kacau rata.
 
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dengan pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
 
4. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dengan sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
 
5. Lepas 5minit, masukkan pula 1 cawan adunan berwarna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning sehingga adunan habis.
 
6. Lapis yang terakhir berwarna hijau dikukus selama 20minit. Bila sudah masak, mengalih keluar dari kukusan dan tunggu sehingga kuih ni sejuk.
 
7. Dengan hati-hati, tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas, kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka.
 
8. * Jika guna loyang non-stick, kita perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dengan minyak.

Wednesday, July 21, 2010

ENTRI KELAPAN

                                             Hari Keharmonian Kaum

➝ Pada setiap tahun, tarikh ini - 21 Julai akan seluruh Singapura menyambut Hari Keharmonian Kaum.

➝ Hari ini juga, kita semua yang masih sekolah akan memakai baju yang berwarna-warni seperti Cheongsam, Baju Kurung, Punjabi dan selainya.

➝ Pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka pun ada seperti Kuih Lapis, Siew Mai dan selainya.

Tuesday, July 20, 2010

ENTRI KETUJUH



Memakan rumput.

ENTRI KEENAM



Memakan kaca.

ENTRI KELIMA



Penari akan "menurun" dengan membaca mantera.
Saya akan kongsi 3 klip video tentang apa penari melakukan selepas "menurun".
Klip video pertama - Memakan arang.

Monday, July 19, 2010

ENTRI KEEMPAT

                                         Kuda Kepang

➝ Kuda Kepang adalah suatu tarian yang menarik dari Johor, Malaysia.

➝ Pada zaman dahulu, tarian kuda kepang dipersembahkan untuk tujuan keagamaan.

➝ Tarian ini ada kena-mengena dengan roh dan penari selalu "menurun" ketika menari.

➝ Tarian ini dipersembahkan dengan iringan lagu tradisional, dimain dengan peralatan pribumi seperti gong, tamborin dan angklung.

ENTRI KETIGA

                      2Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.


                                                Kesannya


Mengelakkan sebarang kejadian seperti rumah terbakar atau makanan hangus. Lebih awas dengan apa yang sedang dilakukan di dapur.


Supaya tidak terlebihan bahan di dalam resipi. Berhati-hati dengan perkakas dapur supaya tidak mencederakan diri kita bila memasak.

Thursday, July 15, 2010

ENTRI KEDUA

                          Contoh-Contohnya


1Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.


                           Kesannya


➝ Untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, selain bunyi bising, bergendang dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.


➝ Supaya tidak mengusik/menggangu jiran yang tinggal di atas rumah atau di bawah rumah (rumah pangsa) / jiran yang tinggal bersebelahan (rumah kampung). Jika kita membuat perkara (di atas) yang tidak seharusnya kita lakukan, jiran-jiran akan rasa terganggu dan juga mereka akan rasa tidak berpuas hati. 

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

                    Pantang Larang

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, terutama generasi muda agar dapat nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Pada zaman sekarang, ramai generasi muda tidak mengambil peduli tentang semua pantang larang ini tetapi ada sesetengah mereka masih percaya dengan kesan-kesan pantang larang. Di antara mereka, generasi mereka datang dengan turun kemurun dan dari situ, mereka megikut-ikut.